04 September 2022

UTeM Rangka Kerjasama Kongsi Kepakaran HVAC Bersama MACRA

Kepakaran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam bidang Sistem Pemanasan, Ventilasi dan Penyaman Udara (HVAC) bertaraf dunia terus menjadi perhatian ramai.

Naib Canselor UTeM, Prof Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, penonjolan dan impak teknologi kejuruteraan HVAC menerusi Fakulti Teknologi Kejurteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) UTeM kini telah memberikan kesan langsung dalam sektor perindustrian HVAC yang berimpak global.

Ujarnya, sehubungan itu UTeM sedia untuk terus berkongsi kepakaran dengan mana-mana pihak yang berkaitan agar sama-sama dapat menjayakan lagi penerokaan dan pemampanan bidang ini.

Katanya, terbaharu pihak UTeM menerusi FTMKP merangka kerjasama strategik dengan Malaysian Air Conditioning & Refrigeration Association (MACRA).

Perkara ini dibincangkan sewaktu perbincangan meja bulat UTeM bersama MACRA 2022 yang diadakan di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, baru-baru ini.

MACRA menaungi lebih kurang 200 buah industri dalam sektor pemanasan, ventilasi, penyaman udara dan penyejukbekuan (HVAC&R) di seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai agenda ini, Dekan FTKMP, Profesor Ts. Dr. Effendi Mohamad berkata, potensi kerjasama merangkumi khidmat bantuan penyelidikan, perundingan, penempatan latihan industri, kebolehpasaran graduan, pembelajaran berasaskan kerja termasuk pemindahan ilmu dan teknologi.

“Aspek-aspek tersebut boleh membantu peranan Universiti sebagai hub-kepakaran dan teknologi dan pada masa sama memperkasakan hasrat kerajaan dalam mengembangkan lagi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sementara itu, Timbalan Dekan Akademik FTKMP, Ts. Dr. Nur Rashid Nuri berkata, ia turut mensasarkan input mengenai kehendak industri berkait modal insan agar

keberhasilan graduan yang kompeten serta cemerlang dari segi nilai ilmu dan praktis bergerak seiring.

Dalam perbincangan tersebut pihak MACRA yang diketuai Presidennya Peter Tan Chin Wah turut dibawa melawat makmal dan ruang pembelajaran FTKMP bagi meninjau sendiri alatan dan fasiliti berteknologi tinggi yang tersedia di Kampus Teknologi UTeM.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada lapan program Mesyuarat Meja Bulat UTeM yang telah diadakan dari 2011 sehingga 2022 yang berjaya menghimpunkan lebih 100 pemimpin dan pemain industri serta komuniti


Copyright © 2022 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All rights reserved.

Connect With Us: