Skip to main content
17 August 2026

UTeM SENADA KPT BERHUBUNG HALA TUJU BAHARU PERUNDANGAN PENDIDIKAN TINGGI

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil maklum pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), serta kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi mengenai perancangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk membangunkan suatu kerangka perundangan baharu yang lebih komprehensif bagi pendidikan tinggi negara.

UTeM tentunya senada dan seiringan hala tuju KPT sebagaimana yang telah digariskan menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 melalui agenda pembentukan One Higher Education Act. Usaha ini merupakan langkah penting dalam memastikan kerangka perundangan pendidikan tinggi negara terus relevan dengan perubahan landskap pendidikan tinggi, di samping memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik, suara mahasiswa, tadbir urus dan akauntabiliti universiti.

Bagi merealisasikan hasrat KPT ini, UTeM berada dalam kondisi dengan meletakkan kesediaan memberikan kerjasama bersepadu dalam segenap konteks berkaitan kepada KPT dan semua pihak berkepentingan dalam proses libat urus serta pembangunan kerangka perundangan baharu ini.

Sehubungan dengan itu penelitian terperinci perlu digarapkan terdahulu secara menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi serta peranan universiti dalam pembangunan mahasiswa, masyarakat dan negara.

Impak pembaharuan ini diharapkan mampu menyokong objektif yang lebih utama dalam melahirkan mahasiswa dan komuniti yang berilmu, hebat dalam pemikiran, bertanggungjawab dalam segenap perlakuan serta mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan Universiti dan negara.

Ianya adalah perkara tunjang dalam memastikan institusi pendidikan tinggi terus berada kedudukan tinggi rujukan utama keilmuan dan peradaban yang terus berdaya tinggi menzahirkan peranan menjana generasi yang berevolusi tinggi di persada negara dan merentas sempadan antarabangsa.

TARIKH:16 OGOS 2026