UTeM Hargai Sumbangan Kecemerlangan Ahli Akademik, Pentadbir dan Pelaksana
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghargai sumbangan dan pencapaian cemerlang yang telah diberikan oleh warga akademik, pentadbir mahupun pelaksana menerusi Majlis Anugerah Bitara Kesidang 2025 yang diadakan semalam di salah sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Profesor Dr Mohd Rizal Salleh berkata, kejayaan yang dicapai UTeM adalah menerusi gabungan kepakaran, pengalaman dan komitmen semua warga kerja.
“Ia merangkumi pensyarah yang membimbing, penyelidik yang tekun mencari jawapan baharu, serta staf pentadbiran dan pelaksana yang memastikan segala urusan berjalan lancar.
“Sehubungan dengan itu, UTeM menerusi Majlis Anugerah BItara Kesidang 2025 sebanyak 2 kategori diraikan merangkumi Anugerah Akademik Universiti (AAU) buat mereka yang menyerlah dalam pengajaran, penyelidikan, inovasi dan pendekatan digital.
“Manakala Anugerah Khas Pentadbir (AKP) pula bagi menghargai staf yang memastikan operasi universiti sentiasa teratur, cekap dan berkesan,” ujarnya.
Jelasnya, sebanyak 17 anugerah buat AAU antaranya Anugerah Akademik Harapan, Anugerah Pengajaran dan Anugerah Penyelidikan manakala 4 anugerah bagi AKP pula antaranya adalah Anugerah Pentadbir Terbaik dan Anugerah Khas Sukan dan Rekreasi.
Anugerah Akademik Harapan dimenangi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Idzdihar Idris dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK), Anugerah Penyelidikan menjadi milik Profesor Madya Ts. Dr. Faiz Bin Arith dari FTKEK dan
Anugerah Pengajaran Inovatif: Pengajaran Transformatif dimenangi oleh Dr. Masni Azian Akiah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Industri dan Pembuatan, Anugerah
Khas Kumpulan dimenangi Dr. Mohd Rusdy Yaacob dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik dan Anugerah Pengajaran Inovatif: Inovasi PDP TVET menjadi milik Mohammad Rafi Omar dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal.
Sementara itu, Anugerah Pentadbir Terbaik menjadi milik Ts. Dr. Ruziah Ali manakala Anugerah Khas Khas Sukan dan Rekreasi adalah Mohd Zarlizan Zakaria dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
Penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Dato’ Dr Husaini Omar dan Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Zahriladha Zakaria dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Sharif