Naib Canselor UTeM Terus Menyerlah Terima Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa “World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award”
Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin terus menyerlah terima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.
Terbaharu beliau telah menerima anugerah berprestij “World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award” di World Women Economic & Business Summit (WWEBS) yang telah diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penganjur WWEBS 2024, Datuk Halimah Mohd Said dan majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Nancy Shukri.
WWEBS merupakan sidang kemuncak antarabangsa bertujuan memperkasa dan menyokong wanita dalam bidang ekonomi dan perniagaan serta menumpukan inovasi, kepimpinan, dan pendidikan sebagai elemen penting dalam memperkasakan wanita untuk menjadi pemimpin.
Menurut kenyataan UTeM, anugerah bertaraf dunia yang diterima Massila ini adalah berdasarkan 3 kriteria utama menjadi pengukur yang telah berjaya diserlahkan oleh beliau sebagai seorang tokoh kepimpinan wanita berkaliber dan berkecemerlangan tinggi.
“Kriteria berkenaan merangkumi keunggulan kepimpinan, komitmen terhadap kemajuan dan kelestarian wanita serta sumbangan beliau kepada masyarakat melalui Program CSR.
“Secara umumnya, beliau telah mempamerkan kualiti kepimpinan dinamik terbaik sepanjang karier beliau sebagai tunggak kepimpinan utama di universiti TVET terbaik di Malaysia ini.
“Pada masa yang sama beliau tentunya turut telah berjaya menjulang kemajuan dan kelestarian wanita menerusi pelbagai agenda termasuklah menjadi ikon penggerak pemerkasaan TVET dalam kalangan wanita dengan menjayakan program JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement).
Mengulas tentang rantaian anugerah anugerah dan pengiktirafan yang telah dirangkul oleh beliau sebelum ini adalah seperti Anugerah Personaliti Cemerlang Malaysia (Kepimpinan TVET), Malaysia Education & TVET Awards 2024 dan Akademia Wanita dan Anugerah Kepimpinan Terbilang, Persidangan Antarabangsa Tahunan Ke-13 Kejuruteraan Industri dan Pengurusan Operasi.2023
Anugerah Buku Negara 2022 (Inaugural Lecture), Inaugural Lecture Series: Improving Technical Product Quality Through Requirement Engineering, Woman Icon (Times Women) - Innovative Academician Award tahun 2022, Outstanding Woman Researcher in Software Engineering by 6th Venus tahun 2022 dan Anugerah Tokoh Akademik UTeM 2022.
Dengan pengiktirafan “World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award” ini melayakkan beliau menerima piala serta sijil anugerah berprestij ini dan mewakili beliau di majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim menerima anugerah tersebut bagi pihaknya.