2 kumpulan tarian kebudayaan India, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya menduduki tempat kedua dan keempat menerusi penyertaan mereka dalam Intervarsity Dance Competition UTP Colours of Ranggoli (UCRN) 2020.
UCRN 2020 tersebut telah berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.
Kedua-dua kumpulan tarian yang mewakili UTeM tersebut adalah UTeM Narthanazz telah berjaya memenangi tempat kedua atau naib juara manakala UTeM Kriegers pula menduduki tempat keempat.
Di samping itu, UTeM Narthanazz turut memenangi People's Choice Award dengan mendapat jumlah likes terbanyak melalui video mereka di YouTube.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap gembira dengan semangat dan jaya juang yang telah dipamerkan oleh mahasiswa UTeM menerusi pertandingan tersebut.
Ujarnya, pihak universiti sentiasa menggalakkan pelajar terus mempamerkan kecemerlangan bukan hanya dalam akademik semata-mata malahan dari pelbagai sudut holistik yang lain termasuklah kesenian dan kebudayaan.
Katanya, Kedua-dua kumpulan seramai 18 orang mahawaiswa yang menyertai pertandingan ini adalah di bawah UTeM Rhythmic Squad, Kelab Kebudayaan India UTeM.
“Para peserta yang mewakili UTeM ini telah memberikan komitmen yang jitu dengan berlatih bersungguh-sungguh meskipun cuti semester telah bermula sebelumnya bagi menghadapai persaingan dalam pertandingan tersebut,” ujarnya lagi.
Tahniah TUAH UTeM di atas pencapaian ini Semoga terus cemerlang dalam mengangkat nama UTeM ke peringkat yang lebih tinggi.
UCRN 2020 melibatkan penyertaan dari kalangan universiti-universiti dalam negara dan di peringkat akhir kumpulan tarian kebudayaan India UTeM bersaing sengit bersama dengan para peserta dari Universiti Sains Malaysia, Lim Kok Wing University dan Taylor’s University.