Skip to main content
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyemarakkan program berimpak yang melibatkan rangkaian global seterusnya memberi kesan positif kepada aspek kelestarian pembangunan negeri dan negara.

Selari itu, UTeM telah menerima kunjung hormat dan lawatan kerja daripada Japan International Cooperation Agency (JICA), Kyushu, Jepun bagi membincangkan pengisian corak kerjasama strategik mereka dengan UTeM.

Lawatan mereka ke UTeM diketuai oleh Profesor Shirai Yoshihito daripada Kyushu Institute of Technology (Kitakyushu) bersama wakil dari Malaysia, Ahmad Suhaib Mohd Ali manakala pihak UTeM diketuai oleh Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim dan pihak Pejabat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) UTeM di kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Naib Canselor UTeM, Dr. Raha Abdul Rahim berkata, kerjasama strategik ini berkaitan dengan program yang memberi kesan baik dalam konteks pemuliharaan alam sekitar dan kitar semula khususnya di negeri Melaka dan negara kita amnya.

Katanya, projek pelaksanaan Grass Root Program Grant ini akan melibatkan proses pengajaran terus dari peringkat akar umbi lagi iaitu golongan pelajar sekalah rendah di negeri ini tentang kitar semula dan pada masa sama turut akan mereasasikan aspirasi negeri Melaka berhubung pemuliharaan alam sekitar.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Penolong Naib Canselor, Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti UTeM, Profesor Madya Mohd Rahimi Yusoff serta Pengarah PKA UTeM Profesor Madya Juhari Ab Razak.

Secara umumnya sehingga kini, geran untuk Grass Root Program telah diagihkan di 141 buah negara di seluruh dunia negara sekaligus memberikan kesan yang baik kepada populasi yang terlibat dalam menjayakannya.