Skip to main content




Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob telah melantik semula kedua-dua Pro-Canselor UTeM, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan A. Jalil dan Datuk Wira Ismail Saleh bagi tempoh dua tahun setelah pelantikan mereka tamat pada pertengahan dan suku ketiga tahun ini.

Sehubungan itu majlis penyerahan watikah pelantikan semula itu telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM (LPU), Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajudin Ali bertempat di Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal Melaka baru-baru ini.

Majlis ini juga telah dihadiri dan disaksikan oleh Ahli LPU serta barisan Pengurusan Tertinggi UTeM bagi sama-sama meraikan pelantikan tersebut.

Tan Sri Datuk Dr. Hadenan A. Jalil yang turut merupakan Ahli Lembaga Pengarah Maybank Berhad merupakan anak jati Kampungku Sayang, Bukit Baru, Melaka telah dilantik semula sebagai Pro-Canselor UTeM untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 15 Julai 2018 hingga 14 Julai 2020.

Manakala Datuk Wira Ismail Saleh merupakan anak jati Tangga Batu, Melaka merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds (M) Berhad telah dilantik semula sebagai Pro-Canselor UTeM untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2020.

Majlis penyerahan watikah pelantikan semula itu telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajudin Ali menyatakan bahawa pelantikan tersebut adalah mendapat persetujuan dan menurut nasihat Menteri bagi membantu dalam urusan rasmi Universiti.

Sementara itu Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib telah menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua Pro-Canselor UTeM di atas pelantikan semula tersebut bagi meneruskan prestij sebagai Pro Canselor universiti ini.