Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diiktiraf dari segi pengurusan kualiti lalu diberi penghormatan apabila dipilih sebagai salah satu organisasi yang bakal menerima Anugerah Kualiti SIRIM 2018 di satu majlis yang akan berlangsung pada 15 November 2018 nanti.
Anugerah ini sekaligus menyaksikan bahawa UTeM sebagai Universiti Teknikal Malaysia pertama dalam kalangan universiti awam menerima Anugerah Kualiti SIRIM tersebut.
Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib sewatu menerima perhabaran ini menyatakan kesyukuran dan berterima kasih ke atas panel pemilihan kerana memilih UTeM sebagai salah satu organisasi yang menerima anugerah tersebut.
Tambah beliau lagi, anugerah yang bakal diperolehi tersebut akan menjadi pembakar semangat kepada warga UTeM agar berterusan menyumbang kepakaran dan keringat demi memajukan universiti ini sekaligus mencapai visi untuk menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia.
Anugerah Kualiliti SIRIM merupakan satu anugerah yang diperkenalkan bermula pada tahun 2013 yang mana ia merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada pelanggan-pelanggan SIRI yang telah berjaya mencapai tahap sistem pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang dalam pelbagai sektor.
Pada majlis tersebut, dijangka sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan iaitu kategori pendapatan lebih RM100 juta, pendapatan di bawah RM100 juta dan Kategori Agensi Kerajaan bagi merebut hadiah yang ditawarkan oleh SIRIM.