Skip to main content

Bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan Malaysia maka Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Microsoft dan Iverson telah melaksanakan Program Pensijilan Profesional Data Sains Microsoft (MPPDS).

Program yang diadakan baru-baru ini bertempat di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal ini melibatkan  penyertaan para peserta yang yang terdiri daripada mahasiswa universiti-universiti awam dari seluruh negara.

Para peserta yang menyertai MPPDS ini akan memperolehi sijil professional yang memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan di samping ijazah sarjana muda atau kelayakan pengajian tinggi yang mereka miliki.

Menurut Penyelaras Program MPPDS Profesor Madya Dr Mohd Rizal Salleh berkata, Sains Data adalah antara disiplin yang menggunakan kaedah saintifik, proses, algoritma dan sistem untuk mengekstrak data dalam pelbagai bentuk.

Katanya, persijilan MPPDS dilihat mampu untuk memberi nilai tambah kepada para graduan dengan menawarkan sijil professional yang diiktiraf oleh pihak industri sekaligus memudahkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.  

Tambah beliau, program ini juga menyediakan latihan dengan pelan pengajaran yang sesuai dengan keperluan kemahiran yang diperlukan majikan, fleksibel cara penyampaiannya dan  kemahiran lanjutan turut disediakan.

Selain itu para peserta yang menyertai MPPDS akan beroleh berkelebihan seperti kemahiran tinggi, produktif, tidak memerlukan latihan yang intensif  ketika memulakan pekerjaan.

Para peserta di anugerahkan sijil tamat kursus yang disahkan secara digital oleh Microsoft dan diterimapakai di peringkat global.