Skip to main content
Pengarah Urusan Infineon Malaysia (Melaka) Sdn. Bhd (Dr.) Lee Cheong Chee berkongsi kepakaran beliau bersama tetamu yang hadir.
Pengarah Urusan Infineon Malaysia (Melaka) Sdn. Bhd (Dr.) Lee Cheong Chee berkongsi kepakaran beliau bersama tetamu yang hadir.


Atas inisiatif melebar luaskan pemantapan pemahamn dan aplikasi Revolusi Industri 4.0 maka Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkanSyarahan Perdana CEO Fakulti yang berlangsung baru-baru ini bertempat di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM Durian Tunggal.

Program ini juga mendapat kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat ini telah menarik hampir 1,500 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan ahli akademik UTeM, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Multimedia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL – MICET), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Penyampaian cenderahati kepada (Dr.) Lee Cheong Chee daripada Naib Canselor UTeM.
Penyampaian cenderahati kepada (Dr.) Lee Cheong Chee daripada Naib Canselor UTeM.


Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib dalam ucapan beliau menyatakan bahawa program ini turut merupakan platform untuk merapatkan hubungan pelajar UTeM bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari industri ternama yang telah dilantik oleh KPT lalu  CEO industri diberikan ruang untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang mereka.

Tambah beliau lagi, program ini turut bertujuan bagi merancakkan lagi perkongsian pengalaman industri bersama mahasiswa dengan memberikan maklumat yang tepat berdasarkan kepakaran mereka di industri serta turut memainkan peranan sebagai mentor dan pembimbing pelajar di UTeM.

Program syarahan perdana ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Infineon Malaysia (Melaka) Sdn. Bhd (Dr.) Lee Cheong Chee serta turut dihadiri oleh Prof Dr. Arham Abdullah yang merupakan Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Naib Canselor UTeM dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad serta Mantan Dekan FKP Prof Madya Dr Mohd Rizal Salleh.

Program CEO Fakulti  telah diwujudkan bagi memperhebatkan penyertaan daripada sektor industri dan sektor awam sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan tinggi negara melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran tokoh-tokoh dari industri serta agensi awam seperti mana yang telah dilancarkan oleh KPT menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) pada 7 April 2015.

Sehubungan dengan itu jelaslah bahawa program CEO Fakulti adalah sebahagian platform untuk para CEO berkongsi ilmu dan pengalaman antara pihak industri untuk dimanfaatkan oleh pelajar UTeM khususnya selain pelajar-pelajar dari IPTA atau IPTS sekitar Melaka di samping bertindak sebagai ukur takat dalam memastikan keberkesanan usaha UTeM untuk melahirkan graduan yang mampu mendapat pekerjaan selepas bergraduat.