Skip to main content
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima wang zakat berjumlah RM 35 ribu dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sewaktu majlis penyerahan wang zakat di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.
 
Majlis Penyerahan Wang Zakat tersebut telah disampaikan oleh wakil BIMB iaitu Ketua Pegawai Kewangan, Azizan Abdul Aziz kepada Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim yang mewakili pihak UTeM.
 
Terlebih dahulu Dr Raha menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak BIMB yang telah memberi sumbangan tersebut buat pihak UTeM.
 
Jelasnya, sumbangan wang zakat ini akan disalurkan kepada golongan pelajar yang memerlukan bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka di sini.
 
Katanya, bagi melancarkan pengagihan sumbangan ini maka Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM akan menguruskan pemberian zakat ini terus kepada pelajar yang layak.
 
Mengulas lanjut beliau berharap semoga hubungan strategik serta kerjasama erat yang sedia terjalin erat antara UTeM dan BIMB ini terus dapat dimanfaatkan bersama.
 
Pihak BIMB turut dihadiri oleh Penolong Pengurus Besar (Hubungan Strategik) Bostamam Hassan, Pengurus Kanan (Hubungan Strategik) Mohd Zikri Mohd Shairy dan  Pengurus Cawangan Ayer Keroh  Md Yusof Hasbullah.
Sementara itu pihak UTeM pula turut dihadiri oleh oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap dan Bendahari UTeM Khairul Taib.