Skip to main content
Kepakaran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus diperakui dan diiktiraf oleh pelbagai pihak samada di peringkat antarabangsa mahupun dalam negara sekaligus menyerlahkan peranan dan sumbangannya kepada seluruh komuniti dan industri.
 
Terbaru, untuk terus berkongsi kepakarannya, UTeM menerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) telah menandatangani Letter of Intent bersama pihak Human Life Advancement Foundation (HLAF) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka, baru-baru ini.
 
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim sewaktu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut menyatakan bahawa LoI tersebut merupakan langkah pertama dalam pelbagai corak dan pengisian kerjasama strategik antara HLAF dan UTeM.
 
Jelasnya, sebagai permulaan antara projek yang akan dijayakan adalah projek rintis Program HLAF – Program for Advancing Technology (HLAF-PROATEC).
 
"Ianya merupakan medan kepada mahasiswa dan pensyarah UTeM untuk berkongsi kepakaran dengan mengajar pengaturcaraan dan pengkodan kepada pelajar-pelajar sekolah mengikut modul kursus yang disediakan.bagi Projek Kolaboratif Human Life Advancement Foundation (HLAF) bersama SMK Tinggi Melaka dan DISYS Intelligence Systems LLC," katanya lagi.
 
Pada majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HLAF, Junaidi Said, Naib Presiden Operasi, Digital Intelligence Systems LLC (DISYS), Firas Alhindi, Pengetua SMK Tinggi Melaka, Dr. Ramnan Saidon manakala UTeM pula diwakili oleh Dekan FTMK, Gs. Dr. Othman Mohd.

Sementara itu Dekan FTMK, Gs. Dr. Othman Mohd berkata, menerusi projek HLAF-PROATEC tersebut, ianya memberikan manfaat besar khususnya kepada para pelajar dan barisan pendidik di SMK Tinggi Melaka dan pembangunan pendidikan negeri Melaka secara amnya.
 
Katanya lagi, selepas menandatangani LoI tersebut pihak UTeM turut mengalu-alukan wakil dari HLAF untuk hadir melawat FTMK untuk melihat penyelidikan dan pelbagai projek yang dihasilkan oleh penyelidik dan mahasiswa UTeM sendiri.
 
HLAF merupakan sebuah Petubuhan Bukan Kerajaan yang bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan di mana mereka mendokong visi untuk menjadi sebuah institusi inovatif yang responsif kepada keperluan masyarakat untuk pembangunan inovasi, pendidikan dan teknologi dengan menyokong interaksi yang bermanfaat antara pihak akademia, industri dan sektor awam.