Skip to main content
19 September 2019

Raih Lapan Pingat : UTeM Dominasi Sukan Air MASUM 2019

Pasukan Sukan Air, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mendominasi sukan air yang dipertandingkan menerusi Majlis Sukan Universiti Awam Malaysia yang telah diadakan baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort tersebut telah menyaksikan Pasukan Air UTeM berjaya merangkul satu pingat emas, lima pingat perak dan dua pingat gangsa menerusi acara rowing dan kayak.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd. Manap sewaktu diminta mengulas lanjut mengenai kemenangan tersebut menyatakan bahawa kemenangan tersebut merupakan hasil dari kerja keras mahasiswa atau dikenali sebagai Tuah UTeM yang bertekad untuk membawa pulang pingat buat universiti ini.

Tambah beliau, disebalik kesibukan barisan Tuah UTeM dalam mengatur waktu pembelajaran, mereka tetap mampu mengisi masa bagi menjalani latihan dari masa ke semasa seterusnya membawa kepada kejayaan tersebut.

Pingat emas telah dirangkul menerusi acara rowing women single scull  oleh Rachel Lee Kei En dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).

Manakala lima pingat perak menerusi acara rowing men double scull yang diraih oleh Muhammad Faeez Noor Suzairah dan Ahmad Zulhilmi Osman, acara rowing men (4-) yang diraih oleh Afiq Mustaqim Zulkifli, Hafiy Hibatullah Mohd Zaid, Muhammad Fikri Zainuddin dan Muhammad Harith Mohd Sabri dan acara rowing women Double Scull yang diraih oleh Nor Afifah Md Noh bersama Elsa Lee Sook Theng.

Dua perak lagi menerusi acara rowing men (8+) yang dianggotai oleh Afiq Mustaqim Zulkifli, Hafiy Hibatullah Mohd Zaid, Muhammad Fikri Zainuddin, Muhammad Harith Mohd Sabri, Muhamad Farhan Zi, Lukman Arif Mohd Kamal, Muhammad Faeez Noor Suzairah, Ahmad Zulhilmi Osman dan Muhammad Syamil Hasan dan acara rowing women (8+) yang dianggotai oleh Nor Afifah Md Noh, Elsa Lee Sook Theng, Meryl Anyie Tomy, Rahmah Askari, Noriskha Ishak, Rachel Lee Kei En, Nur Liana Balqis Nohd Fauzi, Siti Hajar Ibrahim dan Nurshafiqah Azmi.

Manakala dua pingat gangsa pula telah diraih menerusi acara rowing women (4-) yang dianggotai oleh Meryl Anyie Tomy, Rahmah Askari, Noriskha Ishak dan Siti Hajar Ibrahim dan acara rowing men single scull yang diraih oleh Lukman Arif Mohd Kamal.

Sementara itu, NAib Canselor UTeM, Profesor Dr Raha Abdul Rahim mengucapkan tahniah di kepada para mahasiswa UTeM yang telah Berjaya mempamerkan aksi menarik dalam sukan air MASUM 2019 ini.

Katanya, diharapkan pencapaian ini terus menjadi pembakar semangat untuk terus giat dalam menjalani latihan agar kejayaan demi kejayaan boleh terus dicapai pada masa seterusnya.