Skip to main content

Electronic and Computer Engineering Student Society, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Program Senamrobik FIT FKEKK 

Program ini telah diadakan bertempat di kawasan lapang berhampiran lobi Fkekk, Kampus Induk, Durian Tunggal, baru-baru ini.

Menurut Dekan FKEKK, Prof. Madya Dr. Mohd Shakir Md Saat sewaktu ditemui selepas tamat program menyatakan bahawa program tersebut turut diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar dan kakitangan yang sihat tubuh badan di samping memupuk kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam diri pelajar dan kakitangan.

Ujar beliau lagi, program seumpama ini turut membantu dalam menanam nilai-nilai kesihatan dalam diri pelajar dan kakitangan serta memupuk semangat hormat-menghormati di antara kakitangan fakulti dan juga pelajar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abdul Manap mengulas menyatakan bahawa menerusi program ini, warga FKEKK dan UTeM umumnya dapat menyemaikan rasa cinta akan UTeM dengan lebih mendalam seraya mengeratkan lagi hubungan antara staf dan pelajar.

Tambah beliau lagi, beliau berharap agar menerusi program ini, nilai-nilai positif dapat digarap di kalangan peserta seperti menyedari akan kepentingan bersukan dan menjaga kesihatan bagi mencapai matlamat untuk menjadikan UTeM sebagai sebuah universiti yang gembira untuk bekerja dan belajar.

Program FIT FKEKK ini telah diketuai oleh Fairul Haziq Mohd Aris dengan penyertaan seramai 156 orang peserta di kalangan pelajar dan kakitangan FKEKK termasuklah ahli akademik, pengurusan dan professional termasuklah sokongan  dimana program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan juga Dekan FKEKK.