Skip to main content

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib sekali lagi menjejak utara dalam Ekspedisi Kayuhan Bumi Hijau yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UTeM dengan kerjasamaUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)baru-baru ini.

Ekspedisi Kayuhan Bumi Hijau ini melibatkan Dr Shahrin bersama dua orang lagi daripada pihak pengurusan UTeM iaitu Bendahari UTeM, Khairul Taib dan Dr. Rosli Saadan menyelusuri sempadan Malaysia Thailand antaranya Padang Besar menerusi Wang Klian dan sekitar Kangar dengan jarak sejauh 100 Kilometer.

Menurut Dr Shahrin ketika ditemui selepas kayuhan tersebut menyatakan kegembiraan di atas kolaborasi yang dijalankan di samping berterima kasih di atas layanan baik yang diberikan oleh pihak UniMAP sepanjang beliau dan pasukan berbasikal berada di sana.

Kayuhan pasukan berbasikal ke Gunung Jerai.
Kayuhan pasukan berbasikal ke Gunung Jerai.

“Program ini merupakan satu pengalaman menarik bagi program kayuhan yang melibatkan kolaborasi bersama universiti awam yang lain di samping ini juga merupakan kali pertama pasukan UTeM membuat kayuhan menjelajah sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand”, ujar beliau.

Kayuhan ini telah berlangsung selama dua hari yang mana pada hari pertama kayuhan, pasukan berbasikal UTeM telah dilepaskan oleh Naib Canselor UniMAP, Ts. Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal yang mana turut disertai oleh para pelajar dan kakitangan UniMAP.

Untuk hari kedua pula, pasukan berbasikal telah memulakan kayuhan dari Arau, Perlis dan menyusuri laluan berliku ke Puncak Gunung Jerai, Kedah dan berakhir di kaki Gunung Jerai dengan jarak sejauh 100 kilometer.