17 January 2020
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlahkan kepakaran dan kecemerlangan dalam aspek pencapaian akademik, penyelidikan dan inovasi di peringkat kebangsaan dan persada global.
Pada masa yang sama UTeM turut giat dalam melebarkan kerjasama strategik bersama pelbagai institusi pengajian tinggi dalam negara dan seluruh pelusuk dunia serta bersedia berkongsi kepakaran yang dimilikinya.
Terbaru, UTeM merangka kerjasama strategik bersama dengan Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) yang mana kedua-dua pihak telah menandatangani Letter of Intent (LoI) baru-baru ini.
Majlis tersebut telah berlangsung di Bangunan Canselori UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal dan telah disaksikan oleh Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka, Datuk Noor Effandi Ahmad sewaktu Mesyuarat Exco Pendidikan Negeri Melaka sesi pertama bagi tahun 2020
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata LoI yang ditandatangani oleh beliau bersama Presiden MiCoST, Ts. Dr. Afizan Azman antaranya bertujuan untuk mengukuhkan, mempromosikan dan membangunkan penyelidikan dan pembangunan secara bersama.
Jelas beliau, ianya turut berfokus dalam aspek kerjasama teknikal, pendidikan dan perkhidmatan masyarakat antara kedua-dua pihak atas dasar faedah bersama.
Katanya, antara lain bidang kerjasama yang turut dicadangkan adalah aspek kajian lanjut untuk pelajar dan kakitangan bagi perlaksanaan projek sebagai satu pasukan di samping penganjuran ceramah dan lawatan.
Pelbagai kepakaran dan pengalaman turut akan dikongsi terutamanya penggunaan kemudahan seperti makmal dan peralatan bagi menjayakan projek yang bakal berlangsung.
Pelbagai kepakaran dan pengalaman turut akan dikongsi terutamanya penggunaan kemudahan seperti makmal dan peralatan bagi menjayakan projek yang bakal berlangsung.