Skip to main content
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil  Gebze Technical University (GTU) Turki baru-baru ini bagi perbincangan lanjut kerjasama strategik dua buah universiti teknikal di rantau Asia ini.

Profesor Madya Dr. Bunyemin Cosut yang merupakan Pengarah Life Long Education Center telah disambut oleh Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib di Bangunan Canselori Kampus INduk UTeM Durian Tunggal.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, pertemuan ini dipenuhi dengan pelbagai perkongsian idea dan pandangan terbaru mengenai pelbagai peluang pengisian kerjasama strategik antara UTeM dan GTU.

Tambah beliau lagi, persetujuan terdahulu yang dilakar menerusi program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik yang digelar UTeM-GTU Mevlana Exchange Program (Inbound) tersebut akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa dan berharap ianya memberi impak besar.

“Dengan terisinya pelbagai pengisian ini maka ianya akan memberi implikasi positif dari sudut perkembangan pengantarabangsaan UTeM di peringkat dunia secara umumnya dan Timur Tengah secara khususnya”, ujar beliau lagi.

Sepintas lalu, Profesor Madya Dr. Bunyemin Cosut merupakan salah seorang pakar dalam bidang kimia GTU dengan bidang penyelidikan beliau menerusi Bahan Termaju iaitu Nanomaterials dan dijangkakan bahawa penyelidikan beliau dapat dikongsikan bersama ahli akademik UTeM terutama menerusi bidang kepakaran yang berkaitan.