Skip to main content
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited cakna kebajikan pelajarnya dengan mengagihkan Food Bank kepada para pelajar yang terkesan ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
 
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTeM, Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, program pengagihan makanan (Food Bank) kepada pelajar ini sebagai satu usaha dan penzahiran keprihatinan UTeM untuk membantu pelajar-pelajar yang terkesan.
 
Jelasnya, menerusi pelaksanaan program ini kami telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan makanan kering dan minuman kepada pelajar seperti mee segera, biskut, pelbagai makanan lain serta barangan keperluan diri.
 
Ujarnya, kami sentiasa memahami dan mengerti denyut nadi kesulitan pelajar kami justeru memberikan sokongan moral serta meringankan beban mereka dan pada masa yang sama menyahut seruan negara agar kita sama-sama berjaya dalam PKP 3.0 bagi melawan pandemik dan wabak Covid-19 dengan .
 
“Program pengagihan makanan Food Bank ini telah dilaksanakan secara bersepadu pada minggu ini dan kami menyasarkan pengagihan berperingkat untuk sampai kepada 2,800 orang pelajar (anggaran) kami di sekitar Kolej Kediaman UTeM serta pelajar yang tinggal di luar sekitar Kampus.
 
“Pihak Hal Ehwal Pelajar telah menggerakkan keseluruhan jentera agar proses pengagihan makanan kepada pelajar ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta mencapai matlamat dan objektif program,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
 
Nurulfajar berkata, dana yang digunakan bagi pembelian makanan ini adalah daripada Tabung Khairat Pelajar UTeM dan sebahagiannya pula adalah menerusi sumbangan.
 
 
Mengulas lanjut beliau turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak daripada kalangan orang perseorangan, jabatan-jabatan dalam UTeM serta pihak luar yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program pengagihan makanan Food Bank ini.