Skip to main content
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima sumbangansebanyak RM53,000.00 daripada pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), MBSB Bank Berhad dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, sumbangan berkenaan telah diterima sejak bulan April lalu dari ketiga-tiga bank berkenaan dan yang terbaru pula sekali lagi pihak Bank Rakyat menyampaikan sumbangan baru-baru ini,
  
Jelas beliau, pihak Bank Rakyat pada April lalu telah menyumbang sebanyak RM 15,000.00 bagi Tabung Bantuan Bencana UTeM (Covid-19) khusus untuk pelajar manakala yang terbaru pula adalah sebanyak RM 5,000.00.
 
Katanya, amaun sumbangan RM 5,000.00 kepada UTeM ini pula adalah bertujuan bagi pembelian bahan mentah untuk proses pembuatan UTeM Shield yang dihasilkan sendiri secara dalaman di sini.
 
Sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil pihak Bank Rakyat yang diwakili oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Ayer Keroh, Abd Razak Mohd Atan kepada UTeM
di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.
 
Sementara itu, turut hadir pada majlis ringkas tersebut adalah Bendahari UTeM, Khairul Taib.
 
Terdahulu sumbangan berjumlah RM 33,000.00 yang telah disumbangkan oleh pihak MBSB Bank Berhad sebanyak RM 30,000.00 dan BSN sebanyak RM3,000.00 pada April lalu bagi tujuan Tabung Bantuan Bencana UTeM (Covid-19).
 
Dr Raha menyatakan bahawa pihak UTeM amat menghargai berterima kasih kepada pihak bank yang sentiasa prihatin dan terus menyokong usaha baik UTeM dalam situasi kritikal sebegini.