Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim telah menerima Certificate of Honorary Membership dari Malaysia Association of Research Managers & Administrators (MyRMA) .
Pengiktirafan ini adalah bagi menghargai Dr. Raha yang telah menyumbangkan masa dan usaha dalam menyokong projek Malaysian Research Management & Governance (MRMG) yang akhirnya membawa kepada pembentukan MyRMA.
MyRMA Honorary Membership merupakan penghormatan tertinggi yang dianugerahkan kepada individu yang telah memberi sumbangan besar kepada pengurusan penyelidikan dengan jayanya.
Penghargaan tersebut disampaikan sendiri oleh Head of Research Management Policy & Strategy Unit, Institute of Research Management & Services, Universiti Malaya, Dr.Tan Hsiao Wei kepada Dr Raha di pejabat beliau di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.
Dr Raha berharap, penyelidikan dalam negara ini terus melakar kecemerlangan berterusan dari semasa ke semasa sekaligus membawa kebaikan bersama kepada masyarakat dan juga negara.