Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima seramai 154 orang pelajar baharu untuk program ijazah sarjana muda bagi kemasukan Semester Februari sesi 2019 /2020.
Pendaftaran tersebut telah diadakan bertempat di kampus induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, pendaftaran kali ini melibatkan pelajar baharu yang mengikuti pengajian sarjana muda kejuruteraan dan juga teknologi maklumat dan komunikasi.
Jelasnya, bagi kursus kejuruteraan melibatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian.
“Manakala 2 kursus kejuruteraan lain yang turut mendapat pelajar baharu adalah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian,” ujarnya lagi.
Menurut Dr Raha lagi, kursus yang melibatkan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang pelbagai pengkhususan turut menerima pelajar baharu pada kali ini.