Barisan atlet Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 6 pingat perak dan 6 pingat gangsa menerusi Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2019.
MASUM 2019 telah berlangsung bermula dari 24 Julai sehingga 3 Ogos 2019 bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah disertai oleh atlet UTeM yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UTeM yang berentap bersama lapan belas universiti awam yang lain.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap menyifatkan kejayaan yang diperoleh adalah hasil usaha terbaik dari para atlet yang yang bertanding.
Ujar beliau, 2 pingat emas telah diraih menerusi acara petanque wanita individu Anis Amira Basri dan acara welter taekwondo lelaki yang dimenangi oleh Hamdanwahid Rinaldi.
"Tiga dari enam pingat perak yang telah dimenangi telah telah diraih oleh Toriq Abdul Aziz Mohd Chozin menerusi acara poomsae taekwondo individu lelaki, Norsyasya Amira Abu Bakar menerusi acara kyorugi welter taekwondo wanita dan Fatin Hazeerah Zaimie menerusi acara pencak silat kelas A puteri.
"Manakala tiga pingat perak lagi telah diperolehi menerusi acara poomsae taekwondo berpasukan lelaki yang dianggotai oleh Toriq Abdul Aziz Mohd Chozin, Muhammad Amer Danish Md Ameruddin, Muhammad Faiz Mohd Kamal, petanque bergu campuran yang dianggotai oleh Anis Amira Basri dan Muhammad Syahid Mohammad Tamizi dan acara bola keranjang 3 on 3 lelaki yang dianggotai oleh Wong Chu Hing, Lim Pei Jun, Iman Faidhi Azman, Fong Yee Pin dan She Siang Shyang," ujarnya lagi.
Mengulas lanjut beliau berkata, pingat gangsa pula telah diraih oleh Farhan Afif Ali menerusi acara lompat tinggi lelaki, Amierul Daniel Mohammad Hanafiah menerusi acara pencak silat kelas A putera dan Wan Joe Yee menerusi acara kyorugi taekwondo middle wanita.
Pingat gangsa juga diperolehi menerusi acara poomsae taekwondo campuran yang dianggotai oleh Muhammad Faiz Mohd Kamal dan Nurmala Sary Saidin, petanque triple Lelaki yang dianggotai oleh Khairulanwar Said, Muhamad Nur Abrar Nordin dan Mohamad Ashraf Hilmi dan catur berpasukan yang dianggotai oleh Chew Wenda, Ng Chi Yuan, Muhammad Syafiq Md Safkad Hossain dan Mohamad Akram Awesi Wahid turut membawa pulang pingat gangsa pada kejohanan tersebut.
Sementara itu, Naib Canselor UTeM Profesor Dr Raha Abdul Rahim gembira dengan kesungguhan dan semangat juang yang telah ditonjokkan oleh barisan atlet UTeM yang beraksi di pentas MASUM 2019.
Beliau berharap kejayaan demi kejayaan terus dicapai oleh mahasiswa dan mahasiswi UTeM di samping terus tingkatkan lagi prestasi pada masa akan datang.