Skip to main content

Karnival Gegau FUNS Kampus Bandar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan diadakan pada 24 dan 25 Oktober 2018 ini bertempat di Kampus Bandar UTeM Jalan Hang Tuah, Melaka.

Karnival Gegau FUNS Kampus Bandar UTeM 2018 ini merupakan anjuran bersama antara Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) dan Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) UTeM.

Menurut Dekan FPTT Profesor Madya Dr Md Nor Hayati Tahir berkata, antara objektif karnival ini adalah untuk mewujudkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar di sini.

Ujarnya, menerusi karnival ini juga turut memberi ruang dan peluang kepada golongan usahawan sedia ada bagi menjalankan perniagaan dan proses menambahbaik perniagaan mereka.

Sementara itu Pengarah CREATE Prof Madya Dr Juhaini Jabar menyatakan pelbagai pengisian telah dirancang sepanjang tempoh 2 hari karnival ini antaranya adalah Karnival Jualan pelbagai barangan dan perkhidmatan pilihan ramai, Forum Keusahawanan, HIV Explore Race, Pertandingan Karaoke dan banyak lagi

Jelas beliau. terdapat juga penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Melaka, pihak swasta dan juga rakan institusi pengajian tinggi sekitar negeri Melaka.

Justeru itu orang ramai sekitar negeri Melaka dijemput untuk hadir beramai-ramai memeriahkan serta turut sama menikmati pelbagai pengisian progam yang bakal diadakan nanti.