Barisan atlet Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Persatuan Olahraga Melaka ke-53 baru-baru ini.
Kejayaan oleh pasukan UTeM adalah menerusi olahraga ini apabila telah berjaya merangkul satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam kejohanan ini yang bertempat di Kompleks Sukan UTeM kampus induk Durian Tunggal.
Menurut Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan berkata, tujuan utama Kejohanan Olahraga Terbuka tersebut diadakan adalah bertujuan bagi mencari, memupuk dan mengasah bakat baru dalam olahraga seterusnya menyerlahkan di peringkat kebangsaan.
Tambah beliau lagi, Persatuan Olahraga Melaka telah bekerjasama Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam urusan teknikal dan Pusat Sukan UTeM dalam penyediaan lokasi penganjuran Kejohanan tersebut.
Dalam kejohanan olahraga tersebut, wakil UTeM yang terdiri daripada Syed Fazeel Shah Syed Anwar Shah dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Rahman Ranulfo@Mohammad Budi dan Yogesvaran Chandrasakaran dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) telah meraih pingat emas menerusi acara 4x100 meter.
Pingat perak pula telah diraih oleh Rahman Ranulfo@Mohammad Budi menerusi acara 4x400 meter, dan pingat gangsa pula disumbangkan oleh Syed Fazeel Shah Syed Anwar Shah dalam acara 400 meter lari berpagar.
Kejohanan ini turut disertai oleh atlet sekolah sukan, negeri, SUKMA negeri, dan atlet kebangsan yang terdiri daripada Ziyad Zolkefli yang merupakan pemegang rekod dunia acara lontar peluru kategori F20, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang merupakan pelari Pecut 100 meter T36 dan Malik Tobias iaitu bekas pemenang pingat emas acara Dekatlon.