Skip to main content

Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjung hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Tan XinYi Glasd Co. Ltd. Tan Sri Datuk Tung Ching Sai baru-baru ini.

Ianya bagi membincangkan mengenai peluang kerjasama yang bakal dijalankan berfokus kepada penyelidikan projek solar terbaru antara syarikat ini dan UTeM.

Syarikat dari Hong Kong, China yang berpangkalan di Melaka ini telah merancang untuk mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA)  bersama pihak UTeM bagi mengembangkan bidang penyelidikan di samping peluang kerjasama menerusi pelbagai perancangan yang telah sedia diaturkan.

Menurut Naib Canselor  UTeM, Prof. Datuk Ts Dr Shahrin Sahib berkata,  jaringan kerjasama yang bakal terjalin dijangka membuka pelbagai peluang yang bakal menguntungkan kepada kedua-dua belah pihak.

Tambah beliau lagi, terdapat beberapa langkah kerjasama telah dirancang seperti penyelidikan bersama Fakulti Kejuruteraan Elektrik berkenaan teknologi solar terkini di mana pihak XinYi Glass Co. Ltd. kini mempunyai teknologi pembuatan bateri bagi tenaga solar terkini yang pertama di dunia.

“Tidak dilupakan juga, pelajar UTeM turut menerima manfaat menerusi kerjasama tersebut kerana pihak XinYi Glass Co. Ltd. turut menawarkan peluang kerjaya kepada mereka sejurus tamat pengajian di UTeM”, ujar beliau.

Lawatan delegasi XinYi Glass Co. Ltd. turut menyatakan komitmen untuk pemetraian MoA bersama UTeM selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Dalam lawatan ini mereka turut dibawa melawat ke fakulti dan sekitar kampus untuk melihat kemodenan dan kecangguhan fasiliti serta kemudahan dalam kampus persekitaran kondusif UTeM.

Sementara itu melihat kepada fasiliti yang disediakan, mereka turut berminat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan bercorak riadah diantara kakitangan mereka dan UTeM seperti sukan berbasikal dan pelbagai aktiviti lain lagi.