Skip to main content

Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Siri Roadshow Penyelidikan & Inovasi serta Sesi Dialog TNCPI bersama Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer (FKEKK) dan Pusat Kecemerlangan Fakulti iaitu CeTRI sebagai usaha berterusan bagi pertemuan empat mata bersama para ahli akademik UTeM.

Antara objektif siri Roadshow Penyelidikan & Inovasi ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada ahli akademik dan penyelidik fakulti berkenaan momentum semasa, maklumat terkini serta pandangan berkaitan hal ehwal penyelidikan dan inovasi universiti.

Menurut Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor selaku TNCPI UTeM menyatakan bahawa pertemuan dan sesi dialog ini merupakan kunci yang penting bagi mendapatkan maklumbalas dari kumpulan sasaran dalam memastikan hasrat UTeM terhadap kecemerlangan penyelidikan & inovasi UTeM terus berprestasi tinggi.

Tambah beliau lagi, melalui sesi dialog yang dijalankan, beliau dapat mengetahui sebarang permasalahan dan maklumbalas secara terus dari penyelidik dan ahli akademik secara langsung di samping boleh menjawab dan memberi pandangan secara terus bagi memacu budaya penyelidikan cemerlang di peringkat akar umbi.

Sesi Siri Roadshow Penyelidikan & Inovasi serta Sesi Dialog TNCPI ini merupakan sesi kedua yang diadakan selepas Fakulti Kejuteraan Elektrik (FKE) dan Pusat Kecemerlangan Fakulti iaitu CeRIA dan siri ini akan berterusan ke semua fakulti dan pusat kecemerlangan fakulti agar segala pandangan berkaitan hal ehwal penyelidikan & Inovasi dapat di dengari dan diambil tindakan. 

Siri Roadshow Penyelidikan & Inovasi akan berterusan bagi tahun 2018 dengan jangkaan akan menyusuri ke fakulti dan pusat kecemerlangan fakulti bermula di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada 12 Februari, Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan pada 26 Februari, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan pada 2 Mac dan berakhir di Fakulti Teknologi Kejuruteraan pada 8 Mac kelak.