Skip to main content
Sebahagian daripada kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan terus melaksanakan tugasan walaupun di musim sambutan hari raya aidilfitri di samping Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, antara Pusat Tanggungjawab (PTj) yang bertugas tentunya adalah pasukan Polis Bantuan UTeM.
 
Jelas beliau, mereka terus berperanan dalam memastikan aspek kawalan keselamatan dan kesejahteraan kedua-dua kampus UTeM sentiasa dalam baik dan terkawal.
 
Katanya, pasukan Polis Bantuan UTeM akan terus memantau dan mengawal seluruh fasiliti dalam tempoh berterusan 24 jam sepanjang musim aidilfitri ini bagi kampus induk UTeM, Durian Tunggal dan kampus Teknologi UTeM di TamanTasik Utama, Ayer keroh.
 
Ujar beliau, krtitikalnya pada kali ini antara cabaran lain yang perlu digalas mereka adalah untuk mengawal masuk keluar ke kedua-dua kampus dalam keadaan bebas daripada Covid 19 di samping penguatkuasaan sistem eTAP UTeM yang memantau kehadiran staf berteraskan Internet of Things (IoT).
 
“Di samping ituantara PTj lain yang turut bertugas adalah di bawah naungan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang terdiri dari kalangan pengetua dan felo kolej kediaman.
 
“Ini adalah kerana mereka perlu memastikan pengurusan pelajar yang menginap di asrama di musim perayaan ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya lagi.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, pihak UTeM sentiasa menghargai peranan dan komitmen yang dizahirkan oleh kakitangan universiti yang bertugas di musim sambutan aidilfitri ini dan senario ini menjelaskan kebersamaan antara sumber manusia dan organisasi dalam apa jua keadaan.