Skip to main content
24 November 2023

UTeM Naik Taraf Kelajuan Internet Kepada 13 Gbps Bagi Kampus Induk dan Kampus Teknologi

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mula menaik taraf kelajuan capaian internet daripada 3 Gbps kepada 13 Gbps bermula 1 Oktober tahun ini bagi kedua-dua kampusnya iaitu Kampus Induk Durian Tunggal dan Kampus Teknologi di Ayer Keroh.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, usaha ini merupakan kerjasama penuh dengan syarikat TIME dotcom Berhad sehingga September 2025.

Katanya, pelaburan ini adalah seiringan dengan agenda Transformasi Pendigitalansecara menyeluruh di semua Universiti Awam (UA).

“Sehubungan dengan itu perkara ini juga adalah selari dengan 5 Teras Strategik UTeM yang berkait langsung dengan Teras Strategik 4 UTeM iaitu Mencetuskan Ekosistem Rancak, Melestarikan Universiti.

“Ini adalah untuk memastikan akses kepada infrastruktur dan infostruktur digital yang berpatutan, boleh dipercayai, mampan dan bersepadu untuk semua termasuk pelajar, staf dan pemegang taruh,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Massila berkata, usaha ini turut mewujudkan transformasi digitalmenyeluruh yang akan memberi impak positif kepada setiap aspek operasi pentadbiran dan pengajaran & pembelajaran (PdP) secara atas talian tidak kira di mana dan waktu.

"UTeM komited dalam memajukan transformasi pendigitalan dalam operasi PdP dan operasiNya dalam memberi impak, cabaran dan peluang yang besar dalam kehidupan bagi memudahkan segala urusan secara dalam talian,” ulasnya dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UTeM, Prof Dr Mohd Khanapi Abd Ghani menyatakan

peningkatan perkhidmatan internet daripada 1Gbps kepada 10Gbps dinikmati buat seluruh warga di Kampus Induk termasuk kolej-kolej kediaman UTeM.

Ujarnya, bagi Kampus Teknologi pula perkhidmatan internet ditingkatkan daripada 2Gbps kepada 3Gbps.Ssementara itu, peningkatan rangkaian antara Kampus Induk dan Kampus Teknologi juga telah dinaikkan daripada 550Mbps kepada 800Mbps.

“Secara operasinya proses berkenaan telah dilaksanaka secara optimum dan berjalan dengan lancar serta menyeluruh lalu impaknya telah mula dinikmati oleh seluruh warga UTeM pada masa kini,” ujarnya lagi.