Skip to main content
21 March 2020

UTeM Prihatin dan Cakna Pelajar : Jayakan Hasrat Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Bendung Pandemik Covid 19

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus prihatin dan proaktif dalam memastikan keselesaan dan kesihatan pelajarnya.
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, pihak Pengurusan UTeM terus mengawal dan memantau para pelajarnya secara dekat sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan dan membendung wabak pandemik ini.
 
Jelas beliau, antaranya pihak UTeM turut membuat penempatan semula pelajar di asrama agar dapat dipantau dengan lebih lancar dan sistematik.
 
Katanya, kaedah ini dilihat seiring menjayakan hasrat kerajaan bagi Kawalan Pergerakan sepenuhnya.
 
Di samping itu penyediaan Food Bank kepada pelajar yang tinggal di asrama seperti roti dan air turut disediakan.
 
Menurut Dr Raha, bagi mantapkan kawalan penularan pandemik Covid 19 ini beberapa langkah tambahan lain turut diambil seperti setiap penghantaran makanan ke UTeM mestilah melalui proses imbasan suhu di pintu masuk utama universiti.
 
"Polis Bantuan UTeM turut melaksanakan imbasan suhu kepada staf dan pelajar masuk ke UTeM.
 
"Sementara itu orang awam tidak dibenarkan masuk ke UTeM bermula18 Mac lalu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak," ujarnya lagi.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, bagi urusan perubatan dan Kesihatan pula Pusat Kesihatan UTeM dibuka sehingga jam 5.00 ptg setiap hari dengan barisan Pegawai Perubatan yang sentiasa dalam keadaan bersedia sepanjang masa