Skip to main content
Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim telah dianugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat). 
 
Pada masa yang sama beliau kini juga telah dilantik sebagai Komandan bagi memimpin Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTeM.
 
Beliau telah dianugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat) berkenaan di satu majlis  yang sama dengan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat bertempat di Kementerian Pertahanan Malaysia, baru-baru ini.
 
Dr. Raha sewaktu ditemui selepas tamat majlis menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Tentera Darat Malaysia di atas pemakaian pangkat tersebut dan sokongan hebat kepada penubuhan PALAPES UTeM.
 
Pada masa yang sama beliau berharap agar pasukan PALAPES UTeM yang baru ditubuhkan sebelum ini akan terus berkembang maju dan mempamerkan kecemerlangan berterusan.
 
PALAPES atau dulunya dikenali Reserve Officer Training Unit (ROTU) yang ditubuhkan sebagai sebuah pusat untuk melatih pegawai dari kalangan mahasiswa tentang aspek ilmu dan kemahiran ketenteraan sekaligus menjadikan mahasiswa lebih dinamik, kental dan tinggi disiplin.
 
PALAPES juga adalah perintis jalan bagi barisan Pegawai Simpanan yang sentiasa bersedia untuk digemblengkan bagi menyahut seruan negara apabila diperlukan dan merupakan program usahasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan institusi pengajian tinggi awam dalam negara.