Skip to main content

Selari dengan Revolusi Industri 4.0 yang menjadi ledakan berimpak dunia maka Pejabat bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan seminar Kewangan UTeM (UFiS 1.0) pada 17 dan 18 Ogos 2018 nanti di Bandaraya Melaka.

Penyertaan seminar ini adalah terbuka kepada ahli akademik, pegawai sektor awam seperti Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan serta pihak-pihak lain yang berminat.

Menurut Bendahari UTeM Khairul Taib berkata, UFiS 1.0 berkonsepkan Revolusi Kewangan 4.0 ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan perubahan revolusi pengurusan kewangan di era Rrevolusi Industri 4.0.

Katanya, pengisian bagi seminar ini telah dirangka secara menyeluruh untuk mencakupi isu-isu dan cabaran-cabaran serta kaedah terbaik berkaitan tadbir urus kewangan sektor awam.

Tambah beliau, UFiS 1.0 ini juga turut berkonsepkan perkongsian maklumat, idea, pengauditan mengenai isu-isu semasa meliputi perakaunan, pengauditan dan integriti dalam tadbir urus organisasi.

“Agenda dan pengisiannya pula akan dibentangkan oleh barisan penceramah yang memiliki kepakaran hebat dalam bidang kewangan semasa di samping berpengalaman luas dalam bidang masing-masing”, ujar beliau lagi.

Sehingga kini peluang untuk para peserta menyertai seminar berimpak nasional ini masih terbuka kerana terdapat lagi beberapa kekosongan dan boleh menghubungi pihak Pejabat bendahari UTeM untuk keterangan lanjut.