Skip to main content

Pengarah PPPC UTeM, Fazidah Ithnin sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar.
Delegasi yang hadir bergambar kenang-kenangan bersama pengurusan sekolah selepas tamat program.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus berperanan besar dalam memperkasakan pendidikan secara meluas di negara kita termasuklah menjalankan  tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan pelajar sekolah.

Selari dengan itu, UTeM bersama Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka, YB. Tuan Noor Effandi Ahmad bersama telah menjayakan Program Jelajah Motivasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu, Ayer Molek, Melaka pada minggu lalu.

Menurut Pengarah Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori, Fazidah Ithnin yang juga merupakan penceramah jemputan mewakili UTeM dalam program berkenaan menyatakan bahawa seramai 246 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima sekolah tersebut telah mengambil bahagian dalam program yang diadakan tersebut.

Jelas beliau, antara objektif program tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai hala tuju jelas di alam pengajian universiti yang bakal ditempuhi selepas mereka tamat persekolahan dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

Majlis persamian program tersebut telah disempurnakan oleh YB. Tuan Noor Effandi Ahmad dengan penglibatan daripada UTeM, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, MARA, Melaka International College of Science and Technology (MICoST) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Melaka.

Pada program tersebut, UTeM telah menyumbang ceramah motivasi kepada para pelajar yang terlibat manakala SPRM dan MICoST telah menyumbangkan mural yang dilukis di dinding yang disediakan oleh pihak sekolah.