Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan kerjasama Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini telah menganjurkan Pameran Perundangan dan Integriti bertempat di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal baru-baru ini.
Pameran Perundangan dan Integriti ini telah membabitkan penglibatan bersepadu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Menurut Penasihat Undang-Undang UTeM, Datuk Azhar Mohamed berkata, program tersebut turut memberi kesedaran dan pendedahan lanjut kepada warga UTeM berkenaan perundangan dan integriti.
Katanya, pameran tersebut turut membuka peluang kepada warga UTeM dan komuniti setempat sekitar Durian Tunggal untuk membuat transaksi berkaitan dengan LHDNM serta mendapatkan khidmat nasihat dan soal jawab secara langsung bersama kakitangan LHDNM dan SPRM.
Jelas beliau lagi, program ini juga turut berjaya menjadi medan atau medium dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara UTeM dan agensi-agensi penguatkuasaan di Malaysia.
Secara keseluruhannya penganjuran program sedemikian telah memberikan impak positif dalam kalangan warga UTeM dan penduduk sekitar Kampus Induk UTeM dan program ini ternyata sesuai diadakan lagi pada masa akan datang.