Skip to main content

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited dalam mengaturcara arah strategik serta berimpak dalam konteks penerbitan buku ilmiah secara lebih meluas dan bersepadu.

Antara inisiatif bagi mencapai agenda ini maka Penerbit Universiti UTeM telah mengambil inisiatif  menganjurkan Bengkel Penerbitan Buku Ilmiah Universiti selama dua hari bertempat di salah sebuah hotel di Bandaraya Melaka baru-baru ini.

Menurut Pengarah Penerbit Universiti Nurhafidz Abdul Sahak berkata, bengkel tersebut telah disertai oleh kumpulan ahli-ahli akademik UTeM yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Penerbitan Ilmiah Universiti (JKPIU) sekaligus merencanakan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama sesama ahli.

Katanya, ruangan ini juga turut memberi pendedahan kepada ahli yang baharu dilantik bagi tempoh dua (2) tahun bermula 2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2020 berkaitan penilaian, penyuntingan dan pembacaan pruf terhadap sesebuah manuskrip.

"Dalam bengkel ini penceramah jemputan adalah Pengarah Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Dr. Roosfa hashim yang telah bersama berkongsi pengalaman yang ada", ujar beliau lagi.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib dan beliau berpandangan bahawa platform ini adalah begitu signifikan dan mampu melakar langkah yang lebih berdaya maju dalam konteks penerbitan buku ilmiah bagi universiti ini.