Skip to main content


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah beraksi dengan penuh semangat serta menyengat di Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).2018 lalu berjaya memungut 8 pingat dalam Fasa pertama ini yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baru-baru ini.

8 pingat itu adalah merangkumi 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 6 pingat gangsa dan kerancakan ini akan diteruskan perjuangan barisan atlit UTeM apabila Fasa 2 MASUM 2018 dibuka tirainya pada 29 Julai sehingga 5 Ogos 2018 bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan sewaktu ditemui menyatakan bahawa UTeM telah berjaya melepasi sasaran apabila meraih 8 pingat dalam kejohanan tersebut yang mana pingat emas tunggal telah diraih oleh Hamdanwahid Rinaldi menerusi acara Taekwondo kategori Welter Lelaki.

Tambah beliau lagi, pingat perak pula telah diraih oleh Muhammad Marzuqi Abdul Malik juga menerusi acara Taekwondo kategori Light Lelaki manakala 2 pingat gangsa pertama diperoleh menerusi acara sama, kategori Feather Lelaki yang dimenangi oleh Ahmad Hariz Ahmad Kamil dan kategori Fin Lelaki diraih oleh Nor Aidil Hafiz bin Abdul Karim.



Kontinjen UTeM berjaya menambah empat pingat gangsa di saat-saat akhir fasa pertama tersebut menerusi acara silat kategori puteri yang diraih oleh Nurul Fadiah Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, kategori Putera Kelas C yang dimenangi oleh Muhammad Khairi Abd Razak dari Fakulti Kejuruteraan Elektonik dan Kejuruteraan Komputer, kategori Putera Kelas J yang dianugerahkan kepada Mohd Hair Adnan Kadir dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan dan kategori Putera Kelas I yang di berikan kepada Mohamad Syaffiq Mohd Yusoff darik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Sebanyak tujuh acara telah dipertandingkan bagi fasa pertama kejohanan MASUM iaitu bola jaring, bola baling, bola keranjang 3 x 3, catur, silat, sepak takraw dan taekwondo melibatkan tujuh lokasi kejohanan utama di UMK manakala baki tujuh acara akan dipertandingkan pada fasa kedua nanti yang mana sukan yang terlibat adalah bola tampar, hoki 6 sebelah lelaki, hoki 7 sebelah wanita, karate, boling padang, menembak, ragbi 15 sebelah lelaki, ragbi 10 sebelah s anita dan tenpin bowling.