Berteraskan perkongsian kepakaran kejuruteraan antara penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama pihak Sekolah Kluster kecemerlangan telah berjaya menghasilkan set produk inovasi yang bermanfaat besar.
Program ini adalah adalah menerusi hubungan baik antara UTeM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (SMKIS) Jasin di bawah program jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan Universiti Awam (SKK-UA).
Menurut Penyelaras Program Jalinan SKK-UA dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTeM Dr. Rafidah Hasan berkata, projek rekacipta inovasi ini berkonsepkan pengumpulan air hujan dan pendidikan alam sekitar lalu terhasilnya lanskap hijau berkelengkapan set yang boleh menjana tenaga yang boleh diperbaharui.
Ujar beliau, idea asalnya adalah merupakan cetusan idea Ketua Projek peringkat FKM UTeM iaitu Profesor Madya Ir. Dr. Abdul Talib Din bersama dengan Penyelaras Projek Peringkat Sekolah Nazlin Ruziah Md Said.
“Bermula dengan idea tersebut maka langkah seterusnya adalah mengintegrasikan aplikasi-aplikasi kejuruteraan yang sewajarnya untuk dijadikan hasil projek yang bermanfaat kepada komuniti sekolah ini”, katanya lagi.
Antara aplikasi kejuruteraan yang dihasilkan dengan kerjasama ATD Innogreen Technology Sdn. Bhd. ialah kolam takungan kelembapan, kincir air, tangki simpanan air, serta panel solar.
Profesor Madya Ir. Dr. Abdul Talib Din turut mengulas, secara praktikalnya apabila hujan lebat dan kolam takungan kelembapan tersebut penuh lalu sumber air dari ketinggian 5.6 meter di atas bukit turun laju lalu boleh menggerakkan kincir air tersebut.
Katanya, apabila hujan turun dan sesudah 1 jam kemudiannya maka terhasilnya penjanaan tenaga sebanyak 50 Watt untuk kegunaan paparan LED yang berhampiran.
Mengulas lanjut beliau berkata, kumpulan mereka turut mengambil inisiatif membuat pemasangan panel solar yang digunakan untuk tujuan menjana tenaga suria sebanyak yang mampu terhasilnya sebanyak 10 Watt bagi kegunaan jam digital yang terletak di dataran sekolah.
Sementara itu Pengetua Cemerlang Zolkaply Yunus berpandangan bahawa jalinan SMKIS-UTeM yang melibatkan tenaga akademik professional ini adalah sangat berimpak positif dan beliau mengucapkan syabas kepada pasukan yang terbabit.
Kerjasama ini merupakan titik tolak ke arah hubungan jangka masa panjang yang boleh membawa banyak manfaat kepada banyak pihak khasnya warga SMKIS dan FKM, serta komuniti setempat amnya.