Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) komited menjalankan peralihan Sistem Pengurusan Kualiti dengan Piawaian Antarabangsa ISO 9001:2008 kepada Piawaian Antarabangsa ISO 9001:2015.
Piawaian Antarabangsa ISO 9001:2015 merupakan evolusi dari kandungan piawaian terdahulu yang diselaraskan oleh International Organization for Standardization yang merupakan sebuah organisasi piawaian antarabangsa yang digunapakai oleh Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko (PPSKR) bagi menyelaraskan pengurusan kualiti di UTeM untuk semua peringkat staf.
Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) UTeM, Masdzarif Mahat menyatakan bahawa UTeM kini secara komited menyelaras segala keperluan piawaian baru termasulah aktiviti dalam proses peralihan kepada Piawaian Antarabangsa ISO 9001:2015 di universiti ini.
Tambah beliau lagi, mandat tersebut turut tergunapakai oleh PPSKR dalam memastikan pematuhan terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di UTeM oleh semua peringkat kakitangan dipenuhi.
“Oleh demikian, bagi memastikan pelaksaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 berjalan dengan sempurna, semua warga Universiti perlu cakna dan mengambil maklum akan kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti dengan merujuk dan mematuhi prosedur-prosedur kerja bagi setiap proses utama yang terlibat”, ujar beliau.
Perubahan sistem ini turut melibatkan pemecahan skop utama kepada dua skop iaitu skop pengurusan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan manakala skop kedua iaitu skop pengurusan perkhidmatan sokongan.