Skip to main content
Pada masa MCO (30 Mar - 14 Apr 2020), 4 orang pelajar UTeM tahun 2 Sains Komputer (Kepintaran Buatan): Quek Yao Jing, Kwong Tung Nan, Liew Kok Foo dan Tang Li Ho bersama sebagai pasukan "TaoFuFa" dan telah memenangi tempat ketiga di hackathon antarabangsa "corona hack" yang dianjurkan oleh Forkwell.
 
Pasukan tersebut telah menyertai kategori penemuan / penciptaan ubat, yang pada itu peserta diminta memikirkan cara untuk mencipta atau mencari ubat yang paling baik terhadap coronavirus.
 
Oleh sebab coronavirus menjangkiti sel-sel baik dengan menyuntik "lonjakan" terhadapnya, peserta diminta untuk mencari ubat yang mengikat terhadap virus, dengan itu menghalang kemampuannya untuk menyebar.
 
Pasukan TaoFuFa telah memenangi dengan menggunakan beberapa kaedah kepintaran buatan seperti pembelajaran mendalam dan algoritma genetik untuk mencari dan mencipta ubat.
 
Ubat yang dibuat pada akhirnya lebih sesuai berbanding dengan ubat yang diperakukan oleh WHO (Remdesivir, Lopinavir dan sbg.). Walaubagaimanapun, ubat yang dicipta masih memerlukan pengasahan daripada pakar-pakar.
 
Pada pendekatan mereka, mereka menggunakan 450,000 ubat yang direkod pada pangkalan data ChemBL untuk melatih Rangkaian Neural Memori Jangka Panjang-Pendek (LSTM-NN) bagi ia belajar bagaimana menghasilkan molekul ubat yang sah.
Lepas itu, arahan selanjutnya diberikan bagi LSTM-NN untuk menghasilkan molekul berdasarkan kriteria seperti persamaan, pertalian molekul, ketoksikan (logP) dan berat.
 
Algoritma Genetik (GA) digunakan bagi melakukan crossover dan mutasi terhadap molekul ubat. Ini membolehkan penerokaan ruang kimia yang jelas dan ringkas, dan pada masa yang sama mengawal ketoksikan ubat.
 
Atribut-atribut molekul ubat dikira dan dimasuk balik ke LSTM-NN dan GA bagi penghasilan molekul ubat yang baru. Proses ini diulangi sebanyak 17 kali.
 
Ketua pasukan Quek Yao Jing berkata bahawa, "Walaopun kami bukan daripada latar belakang perubatan, tetapi situasi sekarang telah mendorong kami untuk memanfaatkan apa yang kita telah belajar dan tahu tentang kepintaran buatan bagi membantu menyelesaikan masalah yang berada di dunia. Kami berharap bahawa projek yang kod sumber terbuka ini dapat membantu dan menyumbang terhadap masyarakat, dan pada masa yang sama membolehkan pakar-pakar perubatan membuat keputusan yang cepat dan tepat."
 
Bagi sesiapa yang ingin bertahu maklumat lanjut, boleh berbuat demikian di repositori GitHub mereka: https://github.com/Skyquek/fch-drug-discover