Skip to main content

Warga kerja Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melaksanakan pendekatan tersendiri bagi meningkatkan keceriaan dan persekitaran kondusif  fakulti berkenaan.

Mereka telah mengadakan program gotong –royong berkonsepkan  ukhwah dan silaturrahim dengan melibatkan kakitangan pentadbiran dan akademik fakulti berkenaan baru-baru ini.

Dekan FKEKK UTeM, Profesor Madya Dr Mohd Shakir Md Saat berkata,  antara objektif diadakan program Gotong-royong Perdana ini adalah bagi memupuk semangat kesukarelawan dan bekerja secara berpasukan dalam kalangan staf.

Jelas beliau, program ini turut membuahkan hasil bermanfaat bersama bagi mewujudkan persekitaran yang indah dan kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.  

Katanya, platform ini turut menjadi medan dalam mewujudkan jalinan kemesraan di kalangan staf fakulti ini dari setiap unit, bahagian dan perjawatan yang pelbagai.

“Antara aktiviti yang dijalankan secara pengagihan kumpulan adalah seperti mengecat bilik-bilik tutorial menjadi bilik program pasca siswazah, susun atur kerusi dan meja serta perlatan.

“Sehubungan itu kami turut mengambil peluang mengemas dan menjalankan proses penyisihan fail-fail dokumen di bilik fail serta peralatan yang terdapat di makmal-makmal fakulti ini,” ujar beliau lagi.

Menurut Dr Shakir, Keadaan fakulti yang kondusif serta menarik akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan, malah untuk keselesaan staf dan warga fakulti secara keseluruhannya.

Mengulas lanjut beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua warga fakulti untuk bekerjasama serta berganding bahu untuk menceriakan dan membersihkan kawasan serta bangunan fakulti.