Warga penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kian aktif dalam pembangunan penyelidikan dan inovasi, justeru strategi pengendalian geran penyelidikan dan penulisan jurnal terus diselami secara efekif.
Selari dengan itu, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) UTeM telah menganjurkan seminar Strategi Pemantapan Penyelidikan dan Penerbitan Berimpak Tinggi bagi memberikan pendedahan kepada pelajar para dan kakitangan UTeM berkenaan strategi terbaik dalam pengendalian geran penyelidikan kebangsaan dan antarabangsa.
Seminar 2 hari yang diadakan di Dewan Seminar FKEKK Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal ini mendapat sentuhan perkongsian hebat daripada oleh Prof. Ulung Datuk Dr. Harith Ahmad dari Universiti Malaya menerusi tiga sesi perkongsian utama.
Menurut Dekan FKEKK, Prof. Madya Dr. Mohd Shakir Md Saat berkata, seminar tersebut diadakan bagi memberi panduan kepada kakitangan dan pelajar UTeM berkenaan strategi meningkatkan H-index dan sitasi di samping membantu dalam strategi penulisan jurnal berindeks ISI dan berimpak tinggi.
Tambah beliau lagi, menerusi penceramah, Prof. Ulung Datuk Dr. Harith Ahmad yang hadir dalam berkongsi ilmu, seminar tersebut juga berjaya mengukuhkan hubungan penyelidikan 2 hala antara FKEKK, UTeM dan Photonics Research Center (PRC), Universiti Malaya.
Antara perkara yang disentuh oleh Dr. Harith Ahmad dalam seminar tersebut adalah berhubung Interdisciplinary research in Advanced Photonics Engineering, How to prepare a good proposal for national and international research grant application and strategies to increase H-index & citations dan How to publish in ISI indexed journal.
Seminar tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap bersama warga penyelidik dari UTeM bersama dengan pihak luar dari Telekom Malaysia Berhad serta MMU Cnergy, Universiti Multimedia,
Seminar ini telah berjaya memberikan impak positif kepada kakitangan dan pelajar bagi teknik dalam permohonan geran penyelidikan antarabangsa dan kebangsaan di samping penulisan jurnal berimpak.