Skip to main content

Pusat Antarabangsa, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan UNINET Workshop Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle University Network (IMT-GT UNINET) bertempatdi Dewan Canselor Kampus Induk UTeM Durian Tunggal baru-baru ini.

UNINET ini telah mendapat penyertaan oleh oleh Rektor, Timbalan Presiden, Timbalan Naib Canselor serta Pengarah Pusat Antarabangsa dari pelbagai universiti serata Indonesia, Malaysia dan juga Thailand.

Bengkel selama dua hari ini telah diadakan atas tujuan memberikan gambaran keseluruhan berkaitan pelan perlaksanaan UNINET bagi tempoh dua tahun bermula pada 2019 sehingga tahun 2020.

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib dalam ucapan pembukaan beliau mengalu-alukan delegasi dari universiti yang hadir di samping turut mempromosikan UTeM dan Melaka khususnya sebagai universiti awam teknikal terkemuka di Malaysia yang terletak di negeri bersejarah warisan dunia UNESCO

Tambah beliau lagi,  menyentuh mengenai IMT-GT UNINET ini UTeM kini giat berusaha untuk memperkuat rangkaian strategik bersama universiti dari Thailand dan langkah pertama telah dipelopori menerusi penyelarasan siri program mobiliti tanpa kredit dengan Prince of Songkla University, Thailand.

Bengkel tersebut telah membincangkan mengenai penyediaan laporan Pelan Tindakan Strategik UNINET bagi tahun 2017-2021 dan turut menyentuh mengenai keputusan asal penubuhan program perlaksanaan tersebut disamping membuat kajian semula projek-projek utama secara lebih terperinci dan mendapatkan maklumbalas yang sewajarnya.

Perbincangan turut menyenaraikan dua belas projek utama yang dibincangkan untuk dipelopori setiap universiti secara bersama bagi mencapai objektif IMT-GT UNINET iaitu program 100 Million LED BULB for ASEAN, kursus terbuka dalam talian terbesar bagi merealisasikan Green Diploma, biasiswa IMT-GT UNINET, Eko-Kampus, Program Kampus Solar dan menerapkan kecekapan tenaga bagi bangunan kampus.

Perbincangan turut mebincangkan mengenai Student Green Bootcamp, Persidangan berkenaan dengan Sustainable Green Living, Program Mobiliti, Program Larian Hijau bagi alam sekitar, penanaman pokok disamping Training of Trainers for Carbon Inventory.

IMT-GT merupakan sebuah inisiatif kerjasama sub-regional yang dibentuk pada tahun 1993 oleh Indonesia, Malaysia, dan Thailand untuk mempercepat transformasi ekonomi dan sosial di wilayah yang kurang mendapat kemajuan di mana Sekretariat ASEAN (ASEC) telah mengiktiraf IMT-GT sebagai salah satu pelan kejayaan untuk Wawasan Komuniti ASEAN 2525 dan juga ASEC turut mengisytiharkan bahawa projek-projek dan inisiatif IMT-GT berjaya melengkapi ASEAN Economic Community Blueprint dengan berkhidmat sebagai ujian fasa pertama sebelum pelaksanaan inisiatif serantau disebar luas.