Skip to main content
08 July 2020

UTeM Team Revenge Juara Kejohanan e Sukan Kampus Yoodo Zon Selatan

Sekumpulan penuntut dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dikenali sebagai UTeM Team Revenge telah dinobatkan sebagai juara kejohanan e Sukan Kampus Yodoo Zon Selatan 2020 baru-baru ini.
 
Kemenangan ini sekaligus meletakkan mereka pada keadaan bersedia dan telah menempa tempat bagi meneruskan cabaran aksi selanjutnya di peringkat kebangsaan pula pada pertengahan Julai nanti.
 
Menurut Pengarah Pusat Sukan UTeM, Profesor Madya Dr Mohd Sanusi Azmi berkata, kemenangan mereka di peringkat akhir lantas merangkul takhta juara apabila berjaya mengenepikan Team ABYSS dari Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di peringkat akhir dengan mata kemenangan 3-0.
 
Katanya, mengimbas laluan mereka sebelumnya UTeM Team Revenge telah berjaya menewaskan pasukan Team Aztecs dari Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Mohamad Sharip dengan mta kemenangan 3-0 di peringkat separuh akhir.
 
UTeM Team Revenge dianggotai oleh seramai 6 orang ahli pasukan yang terdiri daripada Muhammad Ilyas Azahir, Muhamad Aqrimi Firdaus Mohd Fazli,
Muhammad Afnan Mohd Kamarul Ariff, Darren Lim Jia Shern, Muhammad Luqman Hakim Ahmad Nizam dan Haavenish A/L Periannan.
 
Ujar beliau, menerusi penyertaan dalam kejohanan ini UTeM telah menghantar sebanyak 4 pasukan kesemuanya yang mana 3 pasukan lagi adalah terdiri daripada pasukan UTeM Revenge JR yang berjaya mara sehingga peringkat suku akhir.
 
“Manaka 2 pasukan lagi adalah UTeM CSG dan UTeM Polite Bear yang turut sama beraksi mencabar pasukan lawan namun hanya sekadar di peringkat kumpulan sahaja,” ujarnya lagi.
 

Kejohanan kejohanan e Sukan Kampus Yodoo Zon Selatan 2020 merupakan anjuran bersama Media Prima Digital dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).