Skip to main content

Inisiatif dan gerakan bersepadu usaha tani antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kelab MyAgrosis UTeM telah membuahkan hasil bermanfaat dalam sektor pertanian menerusi Laman Agrotek UTeM.

Dengan kemajuan semasa bersama kehijauan dan kesuburan Laman Agrotek UTeM ini maka Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia telah merasmikannya baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengarah Program Haziq Haiqal Hanif pelajar tahun 2 jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automotif Fakulti Teknologi Kejuteraan (FTK) berkata, antara objektif program ini adalah membantu kelab fakulti dan persatuan-persatuan dalam UTeM untuk menjana pendapatan tambahan untuk tujuan aktiviti pelajar.

Inisiatif dan gerakan bersepadu usaha tani antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kelab MyAgrosis UTeM telah membuahkan hasil bermanfaat dalam sektor pertanian menerusi Laman Agrotek UTeM.
Inisiatif dan gerakan bersepadu usaha tani antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kelab MyAgrosis UTeM telah membuahkan hasil bermanfaat dalam sektor pertanian menerusi Laman Agrotek UTeM.

Tambah beliau lagi, projek awalan ini dilaksanakan bagi melihat keberhasilannya  dalam menjana pendapatan yang mana konsep ini akan diaplikasikan selanjutnya bagi projek pertanian akan datang untuk setiap kelab dan persatuan di UTeM.

Sementara itu Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Misdom Lan turut mengulas, pihak HEP UTeM terus memantau dan memberi galakan bersepadu dengan khidmat kepakaran pengurusan kepada golongan siswa dalam menjayakan projek ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, projek ini juga merupakan penggarapan pengaplikasian ilmu dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan siswa sekaligus memupuk jiwa holistik dan berdaya saing bagi menghadapi cabaran sebenar di luar sana selepas mereka bergraduat nanti.

Sepintas lalu Laman Agrotek ini dijayakan dengan kerjasama bersepadu antara MPP UTeM sesi 2017 dan 2018, Kelab Myagrosis UTeM dan Kementerian pertanian dan Industri Asas Tani.