Skip to main content
23 February 2026

BERSAMA BERINTEGRITI UTeM MENDUNIA

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2023 hingga 2025 dengan penyerlahan prestasi bagi kelima-lima teras strategik Pelan Strategik UTeM 2023-2025.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, ini adalah pencapaian yang membanggakan apabila kesemua sasaran bagi 5 teras strategik dicapai sepenuhnya.

Jelasnya, 5 teras strategik berkenaan merangkumi Memperkasa TVET Meluncur Kerjaya, Mempromosi TVET Menjana Pendapatan, Menjuarai Khidmat Insani Mengundang Kesejahteraan, Mencetuskan Ekosistem Rancak Melestarikan Universiti dan Mengembangkan Nilai Menggamit Kemakmuran.

Ujarnya, pencapaian unggul prestasi cemerlang bagi kelima teras strategik UTeM ini ternyata berjaya melonjakkan jenama UTeM antaranya berjaya dinobatkan sebagai Universiti Awam Terbaik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

“Pada masa yang sama UTeM turut berjaya mencapai peningkatan enrolmen pelajar pada tahap luar biasa yang mana tahun 2023 seramai 13,749 pelajar melonjak kepada 19,123 pelajar tahun 2024 dan 21,261 pelajar tahun 2025.

“Di samping itu UTeM turut mencipta nama sebagai universiti yang telah tersenarai dalam kalangan universiti terbaik dunia menerusi penarafan dalam QS Worls University Rankings, Times Higher Education (THE) World University Rankings QS World University Rankings (Sustainability) serta UI Green Metric World University Rankings.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Amanat Naib Canselor UTeM dengan tema Bersama Berintegriti UTeM Mendunia yang dihadiri lebih 2,000 kakitangan di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.

Dalam majlis ini beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif kebajikan 2026 antaranya seperti pemberian baucar kesihatan bernilai RM50 seorang kepada semua staf UTeM.

Inisiatif sokongan pendidikan pula terdiri daripada pengurangan yuran pengajian sebanyak 30 peratus kepada anak-anak staf, pemberian one-off RM500 untuk anak-anak staf yang melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan laluan khas untuk anak-anak staf belajar di UTeM.

Selain itu untuk kebajikan dan mobility staf pula peningkatan had Skim Pembiayaan Kenderaan (Motosikal) daripada RM10 ribu kepada RM25 ribu.

UTeM turut mengumumkan tambahan inisiatif dalam menjaga kebajikan pelajar seperti naik taraf studio muzik di Pusat Persatuan Pelajar, kemudahan kerusi roda di setiap kolej kediaman, penubuhan 7 inkubator keusahawanan dan teknikal pelajar, kemudahan court bagi sukan pickleball, kemudahan wall climbing yang baru di sekitar Kompleks Pusat Sukan dan penambahan10 buah bas baharu.

Pada majlis yang sama turut diadakan Peluncuran Pelan Strategik UTeM 2026-2030, Peluncuran Sistem SMKBv4.0, penyampaian Cek Cura Zakat Wakalah dan penyampaian Penarafan Emas MaPTeP UTeM 2025.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Mohd Rizal Salleh, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Zahriladha Zakaria, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Datuk Dr Sabri Mohamad Shari