Skip to main content
Abe Chiharu bertukar cenderamata bersama Naib Canselor UTeM.

Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah diberi penghormatan apabila menerima kunjung hormat dari delegasi Fujitsu Malaysia Sdn. Bhd. dalam rangka usaha perbincangan kerjasama diantara UTeM dan Fujitsu Malaysia pada masa hadapan.

Delegasi Fujitsu yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Abe Chiharu telah membincangkan pelbagai peluang kerjasama yang menjurus terutamanya kepada teknologi diantara industri dan universiti bagi proses memajukan kedua-dua belah pihak.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib sewaktu diminta mengulas menyatakan bahawa UTeM amat komited dalam perancangan kerjasama yang dibincangkan dimana seperti yang sedia maklum, Futijsu amat komited dalam pembangunan teknologi terkini termasuklah kecerdasan pembuatan (AI), Internet of Things (IoT) dan perkhidmatan Cloud.

Tambah beliau lagi, Fujitsu turut aktif dalam menganjurkan pelbagai persidangan melibatkan teknologi terbaru seperti yang akan datang, Fujitsu akan menganjurkan Fujitsu World Tour 2017 – Asia Conference Kuala Lumpur pada 7 Mac 2018 kelak berfokuskan pada tema Human Centric Innovation : Digital Co-creation bagi menyatakan komitmen mereka kepada pembangunan teknologi untuk pengembangan industri dan kemajuan masyarakat.

Pada persidangan yang akan diadakan kelak, Naib Canselor UTeM turut dijemput untuk menjadi Speaker bagi membincangkan tema persidangan tersebut yang mana dijangka akan dihadiri lebih dari 100 orang pelanggan dari pelbagai industri.

Fujitsu merupakan sebuah syarikat multinasional yang memfokuskan kepada peralatan teknologi maklumat dan perkhidmatan syarikat berpengkalan di Tokyo, Jepun dan anak syarikat mereka iaitu Fujitsu Malaysia Sdn. Bhd. mula ditubuhkan secara rasmi di Malaysia pada 1997.