Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengiktiraf pencapaian dan sumbangan kakitangan akademiknya menerusi majlis Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2020.
AAU 2020 UTeM merupakan acara tahunan yang terus diadakan dan pada kali ini berkonsep norma baharu telah diadakan di Dewan Kuliah FKP, UTeM, Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.
Majlis ini merupakan program kemuncak yang mengiktiraf pencapaian dan sumbangan ahli akademik UTeM dalam pelbagai bidang, bukan sahaja dalam akademik dan penyelidikan semata-mata malah turut meliputi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Pada majlis tersebut, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora dari Institut Pengurusan Teknologi & Keusahawanan (IPTT), UTeM telah berjaya merangkul Anugerah Tokoh Akademik dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM8,000 selain sijil penghargaan dan plak.
Rangkaian anugerah lain pula telah dimenangi oleh Dr. Wira Hidayat Mohd Saad dari Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer (Anugerah Akademik Harapan); Ts. Dr. Mohd Azli Salim dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Anugerah Penyelidikan); Ir. Ts.Dr.Anuar Mohamed Kassim dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (Anugerah Inovasi & Pengkomersilan Produk); Ts.Dr.Mohd Azli Salim dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal).
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Shukor Salleh dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (Anugerah Kualiti Makalah Jurnal) dan Dr. Nurzareen Zulkarnain dari Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (Anugerah Inovasi e-Pembelajaran) dan Kesemua pemenang telah membawa pulang hadiah bernilai RM4,000 setiap seorang selain sijil penghargaan dan plak.
Seramai 7 orang penerima saguhati yang terdiri daripada Ts. Dr. Norfariza Ab. Wahab, Prof. Ir. Dr. Puvanaran A/L Perumal, Prof. Madya Ir. Dr. Sivakumar A/L Dhar Malingam, Iskandar Waini, Dr. Ulka Chandini Pendit, Prof. Madya Dr. Mohd Fadzli Abdollah, dan Dr. Najiyah Safwa Kashi'e telah memenangi hadiah bernilai RM3,500 keseluruhannya.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Ghazali Omar yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM berkata, program ini diadakan bagi membolehkan universiti membentuk dan membudayakan ekosistem akademik agar lebih segar dan dinamik.
Jelasnya, saya amat yakin, UTeM sebagai sebuah universiti teknikal, mempunyai potensi yang amat besar untuk menggungguli bidang pendidikan tinggi teknikal atau TVET, di samping menjadi hub rujukan utama bagi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan industri serta negara.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga UTeM khususnya ahli akademik yang memainkan peranan penting dan memberi sumbangan terbaik dalam aspek akademik, penyelidikan, pembangunan bakat insan cemerlang dan sebagainya.
AAU 2020 dengan tema Aspiring Educator; Thiriving Future Nation, mana ahli akademik yang dinamik dan syumul juga perlu memiliki nilai tambah yang diterjemahkan menerusi pendekata e- STAR yang merangkumi kredibilti dalam menguasai bidang perundingan dan perkhidmatan, cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, memperkasakan kualiti diri dengan memikul tanggungjawab dalam pentadbiran Universiti.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif serta pengurusan tertinggi UTeM